Monday, February 22, 2010

PROGRAM NATRAH; 27 HB FEB 2010


Saya telah menjadi Moderator pada SEMINAR SEHARI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL MENYOROTI PERISTIWA NATRAH; MATLAMAT KEARAH PENYATUAN UMMAH, Bertarikh 27 Haribulan Februari 2010 bersamaa 13 Rabiul Awwal 1431 Hijrah, BERSAMA Penceramah KHAS Datin Fatini Yaacob (penulis buku Natrah).

Khadijah Safiyya di Hospital Jelebu


Saya mendoakan puteri kedua saya ini setabah dan secekal namanya. Saya amat kagum dengannya sejak hari pertama kelahirannya lagi.

Mengapa saya katakan demikian. Dia lahir tanpa kehadiran ayahnya di sisi. Dia membesar dengan kasih sayang Ummi dan Uwanya.Pastinya bagi saya dia tabah dan cekal hati seperti Umminya. Amiin..

(the only time Khadijah tidak menagis. Dia sangat mengantuk kerana seharian dia tidak tidur. Get well soon cayang)

Wednesday, February 17, 2010

Ada Apa dengan 27 & 28 (Siri2)

Mari "flash back " kembali apa yang ada.



1.28/09: Suami saya berangkat Ke UK menyambung master setahun di sana.

2.28/10: Alhamdulillah, selamat melahirkan puteri saya yang kedua-Khadijah 
            Safiyya
3.27/11:Hari Ulangtahun kelahiran saya yang ke-28 dan Hari raya EidulAdha
            tanpa suami di Malaysia.


Seorang sahabat baik mengingatkan saya bahawa saya punya sesuatu yang mahu dikongsikan pada tarikh ini.Ya, 28/12 adalah hari terakhir saya di pejabat lama saya.Apa?Begitulah hakikatnya. saya tinggalkan bilik saya yang menjadi "rebutan", saya tinggalkan gaji saya yang yang agak lumayan ( hampir dua kali ganda dari elaun GRA saya sekarang ini) dan rakan-rakan kerja yang sangat serasi.

Saya kini bukan lagi bernaung di firma guaman tut.Dan saya memang sudah lama berpendirian bahawa firma guaman tut adalah firma guaman saya yang terakhir dan saya tidak mahu melompat ke mana-mana firma guaman lagi walau apa pun yang terjadi.

Mengapa saya keluar dari situ sedangkan saya telah dikategorikan sebagai peguam senior di situ? Hampir 5 tahun saya beramal dengan undang-undang. Saya juga sering menjadi rujukan kawan-kawan di dalam bidang saya (Pada kawan-kawan seangkatan anda mesti bersetuju dengan saya kan. ops sila jawab dalam hati ye)Sudah bosankah saya?Ada masalah dengan Boss? Cukuplah sekadar saya katakan, saya mahu menumpukan perhatian kepada anak-anak dan Master Undang-undang saya.

Kebetulan suami saya tiada di Malaysia sepanjang tahun ini.Inilah masa yang sesuai untuk menyambung kembali pengajian saya yang sudah lama tertangguh itu. Saya juga perlu memilih untuk perkara-perkara yang lebih penting dan utama.
Kini saya telah mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa Master Undang-undang.Dua minggu awal semester bermula, saya terkial-kial mencari rentak. Serba serbi tidak kena.Terasa otak saya berkarat. Saya banyak lupa tentang subjek yang pernah saya ambil ketika undergrade dulu.Mujur sahaja teman-teman sekelas sangat baik dan banyak membantu. Maka saya simpulkan budaya belajar di UKM ialah "sharing is caring"..Ia membuatkan saya sangat selesa dan gembira kembali bergelar pelajar Master.
Rupa-rupanya dalam pada saya mengelak untuk kembali terlibat menjadi peguam, rupa-rupanya masih ada teman-teman yang mahu saya mengendalikan kes mereka. Awalnya, saya berat untuk menerima kerana tugasan saya sebagai pelajar dan RA sangat memerlukan komitmen masa saya. Saya kerap menghadap komputer walaupun di rumah. (Amat menimbulkan rasa kurang senang Aishah dan Khadijah). Tapi ternyata saya rindu dengan dokumen perundangan, agreement,dan paling saya suka ialah mengira yuran guaman.(Bagilah saya berapa pun figure nya, saya pasti pantas mengiranya).Jadi saya terima pelawaan seorang sahabat untuk menumpang di firma guamannya secara freelance.



(Bilik panas: bilik lama saya yang dirindui)

Nampaknya, saya suka gaya hidup yang sibuk dan jadual yang padat. Masa saya kini dipenuhi dengan kesibukan rutin harian sebagai ibu dan ayah, pelajar Master undang-undang secara sepenuh masa (Saya perlu menyiapkan 3 buah assignment@10,000 patah perkataan dan satu projek mini juga perlu bersedia untuk menghadapi Peperiksaan Akhir Semester), pembantu penyelidik Kumpulan Penyelidik saya, juga kes undang-undang kendalian saya dan kerja sukarelawan saya dalam ABIMNS. Malah saya berangan pula untuk mentauliahkan diri sebagai peguam Syarie di Seremban.( Saya kagum dengan Awin dan Kak yus dalam bab multitasking ini).

Saya sebenarnya gembira dengan cara hidup saya sekarang. Semua yang saya mahu lakukan satu ketika dulu dapat saya lakukan pada hari ini.Saya tidak lagi perlu sakit kepala dan stress bekerja di firma tut.Saya berpeluang untuk menambah ilmu pengetahuan, memajukan diri sendiri dan mencari pengalaman-pengalaman berharga dalam hidup dan paling penting membesarkan anak-anak saya sendiri. Saya berdoa moga saya diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan untuk segala amanah dan tanggungjawab ini.

Akhirnya, diam tak diam, puteri manja saya; Khadijah Safiyya kini sudah berusia 4 bulan dan sudah 5 bulan juga Aishah tidak bertemu ayahnya.eh, saya sebenarnya mahu menyiapkan slides untuk presentation saya selasa ini, maka saya perlu berhenti mencoret di sini.Jumpa lagi.


(Khadijah @ 4 months)







ADA APA DENGAN 27 &28 (SIRI 1)
27 &28; nombor-nombor ini mengingatkan saya akan:

28/9/2009.
Saya bukan tidak biasa menghantar dan menjemput suami saya dari KLIA &LCCT.Suami saya kerap ke luar negeri dan luar negara. Jadi ditingal-tinggalkan itu sudah biasa bagi saya.Tapi kali ini berlainan sangat saya rasa. Beberapa hari sebelum suami saya berangkat ke Durham, UK untuk menyambung Master beliau selama setahun di sana, saya sangat sedih dan sayu.
Sepanjang perjalanan ke KLIA pada 28/9/2009, saya lebih banyak membisukan diri .Tipulah saya tidak sedih. Cuma saya berusaha untuk tidak mahu menangis.Malulah menangis!Bermacam-macam bermain di kepala, kebetulan ketika itu saya sedang sarat mengandung anak kami yang kedua.Sebenarnya bukan saya tidak bersedia. Saya telah maklum akan rancangan suami untuk melanjutkan pelajaran awal-awal lagi.
Seingat saya, saya adalah orang yang paling terakhir bersalam dengan suami ketika itu.Empangan air mata saya pecah. Alamak, saya menangislah.Saya dan Aishah menangis. Kami menangis bersungguh-sungguh.Hibanya.

Nota:Kini saya sudah tidak menangis lagi.
 
 
(Lihat Aishah anak kesayangan ayah tu, sebelum ayahnya berangkat ke UK)


28/10/2009.
Sengaja saya mengambil cuti beberapa hari sebelum tarikh dijangkakan bersalin. Ini kerana saya mahu berehat.Kerja-kerja di pejabat sangat memenatkan saya.

Selepas subuh 27/10, saya mengalami sedikit kontraksi. Mak saya berkeras mahu saya ke hospial membuat pemeriksaan. saya turutkan sahaja. Cuma saya dapat rasakan saya belum mahu bersalin lagi.Tekak saya ketika itu terasa mahu makan "Fish &Chip". Jadi kami singgah di "MarryBrown" kemudian berpatah semula ke rumah.

Saya menunaikan solat Maghrib dan Isyak di awal waktu malam itu.Selepas makan, saya menonton TV.Habis sahaja rancangan "Si Capik", belakang saya sangat sakit.Saya tidak boleh tidur. Tapi masih berkira-kira untuk ke hospital atau tidak. Saya mengambil keputusan untuk ke hospital juga malam itu. Sebaik sahaja sampai di KPJ,kontraksi saya serta merta hilang.Tapi saya tidak mahu mengambil risiko pulang semula ke rumah. Perjalanan dari rumah ke hospital memakan masa 40 minit. Jadi saya memutuskan untuk bermalam di hotel murah berhadapan dengan hospital. Kebetulan Aishah sudah pun tidur.

Selepas check in di hotel, saya mahu tidur. Tapi tak boleh. Saya mengisi masa dengan membaca himpunan 40 selawat pilihan ke atas Nabi saw.Sekitar jam 2.15 pagi. Kontraksi saya semakin kerap.Ya, saya dapat rasakan bahawa saya akan bersalin beberapa jam lagi. Saya menggerakkan mak saya untuk menemani saya ke hospital dan meninggalkan Aishah dan mak ciknya di bilik hotel. Saya sempat menelefon Doktor dan mengirimkan sms pada suami saya mohon keampunan dan restu juga doa.

Saya terus ke unit kecemasan.Kemudian terus dibawa ke labour room. Saya diminta menukar pakaian dan Nurse memeriksa denyutan jantung bayi sementara menunggu Doktor datang.Jam 3 pagi, Doktor memeriksa saya. Beliau mengatakan bahawa kontraksi saya sudah 3 minit sekali.Bukaan pintu rahim juga sudah 8cm.Saya dijangka akan bersalin jam5 nanti. Doktor terus memecahkan air ketuban. Ya Allah, sakitnya.

Saya tak putus-putus berdoa agar dipermudahkan urusan bersalin saya ini.Saya terus membaca himpunan selawat.Jam 4.45 pagi, kesakitan saya tidak dapat ditahan lagi. Saya terus menekan butang.Nurse yang memeriksa saya mengatakan bahawa pintu rahim saya sudah terbuka 10cm dan saya sudah boleh meneran.Doktor dan berapa orang jururawat sudah bersedia membantu saya. Alhamdulillah, jam 5.12 pagi, 28/10/2009, saya telah selamat melahirkan bayi perempuan saya yang seberat 3.13kg. Oleh kerana suami saya tiada di sini, Doktor Ishak telah mengazan dan mengiqamatkan anak saya.

Saya kini ibu kepada dua permata hati saya; Aishah Humaira dan Khadijah Safiyya. Saya berdoa diberi kekuatan dan ketabahan membesarkan anak-anak saya di saat suami saya jauh di perantauan.


Nota:Mak saya turut berada di labour room menggantikan tempat suami saya.

(Introducing my new little princes; Khadijah Safiyya Binti Jufitri)

27/11/2009.
Salam Aidiladha.Juga Salam Kelahiran saya yang ke 28.

(gambar sambutan tahun 2008, tahun 2009- saya dalam pantang, So, no cake!)