Tuesday, November 30, 2010

ULANGTAHUN KE 29

27 Nov- ulangtahun kelahiran saya yang ke-29. Bersyukur pada Allah atas nikmat usia ini dan moga ia diberkatiNya. Hadiah istimewa? Bersyukur; dikurniakan  suami yang bertanggungjwab dan menghargai saya sebagai isteri juga anak-anak yang cerdik dan comel. Moga Allah berkati keluarga saya ini. Mawaddah wa Rahmah.

(Aishah dan Khadijah)


Thursday, November 25, 2010

HAMPIR SETAHUN

Sudah mahu masuk setahun usia blog saya ini. Nampaknya, saya tidaklah terlalu rajin untuk menulis. Tapi saya tetap mahu memberikan nafas baru pada blog saya ini. Saya tukar background blog saya. Nampaknya saya masih sukakan latarbelakang tanah yang gelap dan tulisan timbul berwarna cerah. Harapan saya, selepas ini saya mahu rajin sikit menulis dan berkongsi informasi. Apa pun; yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Menjelang setahun usia blog saya ini, mari saya kongsikan sedikit gambar-gambar puteri kedua saya itu yang sudah masuk setahun 28 hb Oktober yang lepas. Moga menjadi anak yang cerdik dan solehah ye sayang.






KUALA PILAH SELEPAS SETAHUN

Lamanya saya tak up date blog. Hampir satu semester pengajian sarjana saya. semester akhirlah katakan. Adakah saya sibuk untuk mempertahankan CGPA saya? hihihi...Sebenarnya, semester kedua ini terlalu banyak cuti, saya juga sudah tidak berani untuk buat kerja saat akhir. Tapi rasanya kerja last minute jugak tu...Ada juga tugasan yang saya hantar dengan belas ehsan pensyarah dibenarkan lewat sehari.

eh, sebenarnya bukan saya nak cerita pasal master. Hari ni saya teragak untuk menulis apa yang saya lalui hari ini. Saya ke Kuala Pilah. Saya ke Uitm Kuala Pilah, menghadiri temuduga jawatan pensyarah Undang-undang di sana. (full stop, tak mahu cerita panjang, yang pasti seronok juga ditemuduga!).


Kuala Pilah, bukannya asing sangat bagi saya. Sewaktu saya practise dulu, Pejabat Tanah Kuala Pilah tu sudah biasa sangat saya pergi. Kerani di situ pun naik muak tengok muka saya, maklumlah menggesa nak cepat je...jadi bila nampak muka saya, "sekejap ye, ada Geran nak kasi, sekejap kak, sekejap itu, sekejap ini"..Sejak saya diberi tugasan mengendalikan kes tanah Dangi, (seingat saya sekembalinya saya bertugas selepas habis pantang Aishah) hinggalah saya mengandung anak kedua pula, saya sudah biasa berulang alik ke Kuala Pilah mengendalikan kes-kes saya yang berpuluh-puluh fail tu.

Kes-kes ini saya kendalikan secara peribadi. dari A hingga Z. dari minta consent, sampailah geran keluar. Dan sepanjang mengendalikan kes ini, banyak juga yang saya belajar dari ragam manusia. Penjual-penjual ini adalah pemilik tanah yang sudah uzur dan tua. Hatta ada yang tidak boleh lagi memegang pen. Menjual tanah mereka dengan harga yang sangat murah..(Cuma saya je yang tak ada RM24K untuk beli 3 ekar tanah yang sangat berpotensi untuk dimajukan untuk masa depan). Satu saja yang penting saya belajar, bila ia berkaitan duit, Pak Haji tua kerepot pun mata duitan!

Eh,eh..tiba-tiba terimbau pula. Tapi sebenarnya Kuala Pilah setahun lalu sudah banyak beza dengan hari ini. Sekarang sudah ada jalan baru yang lebih luas. Tak pastilah ada speed track ke tak. Jangan tak tahu saya pernah kena speed track di jalan Kuala Pilah yang lama. Rasa macam tak logik je, apa sangatlah kelajuan yang boleh saya bawa di jalan Kuala Pilah lama. Rezeki Pak Polisi lah nak pau duit saya. Nasib company yang bayar, selamat!


Tapi apa yang sangat saya perasan, dulu ketika saya memandu pergi dan balik, sambil memandu, saya masih dapat lihat keindahan bendang padi di kiri kanan jalan, sambil berangan-berangan seperti berada di Danau Meninjau. Tapi hari ini, saya kira, saya hanya menyaksikan lalang dan semak yang sangat tidak terurus rasanya. Entahlah! Seperti ada sesuatu yang kurang dalam perjalanan saya hari ini.