Pejam celik, pejam celik, Dijah Piya (panggilan Aishah untuk adiknya, kadang-kadang dia panggil Dijah Piya,Piya @ versi lagu Halimah Jongang The Series, ish,ish...siapalah ajar anak saya tengok cerita tu ..) sudah 7 bulan. Alhamdulillah, terbaru dah nak duduk dah, tapi bila nak duduk je sudah tergolek dulu. Khabarnya turut nak keluar gigi....
(Khadijah @ seminggu)
(Khadijah@ 1bulan)
(Khadijah @ 2 bulan)
(Khadijah@ 3 bulan)
Khadijah ketika 1,2 dan 3 bulan memang saling tak tumpah Aishah ketika bayi. Memang sejibik! Cuma dia lebih independent dan sangat "behave". Kenapa? Dia tidak meragam. Ketika dalam pantang saya tidur dengan lenanya di waktu malam. Dia boleh main sendiri dan tidak kisah ditinggal-tinggalkan.
(Khadijah@ 3 bulan setengah)
(Kahdijah @ 4 bulan)
(Khadijah@ 5 bulan)
Eh,eh, bila Khadijah sudah 4 hingga 7 bulan ini, dia sangat mewarisi raut wajah ayahnya pula. Baguslah , kata orang tua, muka ayah tu dia akan lebih cool. Aishah yang mewarisi wajah saya ( tak tahulah ramai orang cakap, malah ada sahabat mengatakan bahawa Aishah itu photostat muka saya sahaja), dia memang panas seperti saya! huhuhu..
(Khadijah @ 6 bulan)
Apa yang Khadijah sudah boleh buat ye? Saya ceritakan lain kali sahajalah ye...
Cuma hari ini saya mendengar berita dari corong radio, bahawa ada kanak-kanak seusia 2 tahun telah didera hingga mati. Kenapa jadi begitu. Tergamaknya? Saya saat ini merasakan bahawa antara salah satu faktor ialah apabila emosi si ibu tidak diambil peduli atau di bawah tekanan hidup yang teramat, ia akan membuatkan si ibu hilang pertimbangan hingga anak kecil itu menjadi tempat melepaskan rasa marah.
Jadi saya berpendapat, ahli keluarga terdekat, terutamanya suami tolonglah fahami emosi dan keperluan isteri. Kadang-kadang isteri itu terlalu dibebani dengan tugasan-tugasan sebagai isteri, suri rumah, ibu dan juga pencari sumber rezeki sekaligus. Seorang ibu atau isteri itu sebenarnya sangat memerlukan "support system" yang baik untuk dia menjadi seorang ibu dan isteri yang terpimpin emosi dan peranannya.
Wallahu a'lam.