Thursday, December 24, 2009

DEDIKASI AISHAH, SELEPAS 3 BULAN


Diam tak diam hampir 3 bulan Aishah tak jumpa ayah.Dah lama Aishah tak tengok kakak, kakak tua,dan rusa (tempat yang biasa dibawa oleh ayah pada waktu petang).Dan sudah jarang Aishah ke masjid menemani ayah bersolat jemaah di sana.Raya Haji lepas, Uwa bawa Aishah pergi masjid. Aishah seronok sangat bertakbir raya.

Aishah memang rapat dengan ayah sebab ummi opppssss agak garang, eh tegas sebenarnya. Ummi paling tak suka Aishah sepahkan barang-barang mainan Aishah yang banyak tu.( Sekarang ummi dah buat satu sudut khas untuk letak mainan Aishah sahaja).



Aishah kadang-kadang tengok ayah dalam lap top ummi (gambar-gambar ayah). Kadang-kadang dengar suara ayah dan dapat tengok gambar ayah bergerak-gerak. Aishah sebenarnya memang nak cakap banyak dengan ayah bila ayah skype (hehehe nak mengadu apa Ummi dah buat pada Aishah opsss) cuma Aishah leka melihat ayah bergerak-gerak di skrin lap top ummi.



Aishah kadang-kadang tahu ummi sedang "ym" dengan ayah sebab nampak gambar ayah kecil sahaja.Tapi biasanya ummi tak bagi Aishah tumpang sekaki.Ummi takut lap top dia rosak, Ummi kata; jika rosak, kita tak dapat nak cakap dengan ayah lagi. kadang-kadang Ummi saja bagi alasan "ayah tak ada, ayah mandi, ayah nak pergi belajar, nanti ayah dah ada kita suruh ayah telefon ye". Jadi bila ada sesiapa pun tanya Aishah ayah mana? Aishah akan jawab" ayah madi, ayah blaja dan ayah tak dek".

Eidul Adha lepas,wan Rembau dan mak ngah datang tengok bibi@adik. Wan kata Aishah debab. Mak ngah kata Aishah dah tak ada tukang sikat lagi..Ayah lah, ayah kan selalu sikat rambut Aishah. pantang kusut sikit. Tapi Ummi tak selalu buat macam tu..Ummi kata rambut Aishah tak ada jalan,bersimpang siur.Jadi, baru-baru ni Ummi gunting rambut Aishah. Tak cantik langsung.



16 hb lepas hari lahir Uwa. Aishah dah boleh nanyikan "Happy To you" pada Uwa macam lagu dalam CD ayah beli tu.juga sudah boleh berzikir "La Ila Ha'ilallah" seperti dalam Astro Oasis tu. Aishah juga dah pandai sebut perkataan. Ummi kata, Aishah can address the words at the right place walaupun the said words Ummi tak pernah ajar pun.Ummi juga ada beli colour pencils,buku mewarna dan mini whiteboard untuk Aishah.Aishah minta Ummi tulis ABC.Kemudian Aishah padam, dan minta Ummi tulis lagi, padam dan tulis lagi.Pening kepala Ummi.

Cepat masa berlalu, tak sedar ayah tak ada di sini. Sebab Aishah sudah ada kawan.Adik. Aishah sayang adik. Aishah selalu cium adik. Aishah juga kokong dan dudui adik (off course dengan bantuan Ummi, kalau tak menjerit-jeritlah Ummi)Aishah sekarang rajin tolong Ummi.Tolong Ummi buangkan pampers adik, masukkan baju kotor Aishah dan adik dalam bakul,Ummi kata Aishah boleh diharap.Yelah, Aishah pun tolong Ummi sidai dan angkat kain juga menyapu (but on my own way lah).

Sekarang ni Aishah jadi co-pilot ummi jika Ummi drive. Dulu kan Aishah jadi co-pilot ayah.Ummi selalu juga bawa Aishah keluar jika tak pergi tempat yang jauh-jauh. Ummi kata nak spend masa dengan Aishah. Hanya kami berdua.Sebab masa Ummi mengandung Adik, Ummi tak berkesempatan nak spend masa dengan Aishah. Katanya tak larat.



Ummi ada juga bawa Aishah pergi program ABIM, NS. Aishah suka pergi. Lebih-lebih lagi bila ada kawan-kawan sebaya Aishah.Baru-baru ni Aishah teman Ummi buat medical check up. Ummi kata Aishah bijak sebab dah kenal nombor.Alah, Ummi je yang tak tahu, Aishah selalu bilang nombor di bank, sebab setiap bulan Aishah ikut Uwa ke Bank keluarkan duit pencen.

Alahai, tak lama lagi Ummi nak "work". Aishah dah tak boleh mengekor Ummi lagi. Ummi kadang-kadang terjengket-jengket keluar tak nak bagi Aishah bangunlah tu.Tapi, Aishah dengarlah bunyi enjin kereta Ummi.Tapi tak apa. Kata Ummi, kali ini Ummi "work" tak seteruk dulu. Ummi akan ada banyak masa untuk Aishah dan Adik. Mestilah suka macam tu, sebab sekarang Ummilah Umi dan juga ayah sementara Aishah untuk jangkamasa setahun je. Dan Aishah akan selalu ingat pesan ayah, supaya selalu bantu Ummi kerana Aishah kini seorang kakak.


 

2 comments:

  1. Chomel, Aisyah! Ummi jgn garang2 sgt dgn Aisyah tau. Kasihan Aisyah, pada ummi tpt manja dan mengadu nya. Tp bila ummi marah, Aisyah nk ngadu pada siapa? Kita yg dewasa pon rsa sengsara ditinggalkan, inikan anak kecil. Go Aisyah.. Moga tabah tanpa Ayah!

    ReplyDelete
  2. Aisyah...bila besar nanti akan jadi seorg yg tabah dan berdikari...kan!!! Aisyah kan!!!...

    ReplyDelete