Wednesday, May 18, 2011

SAJA MAHU KONGSI

1. CD

Sebenarnya sejak Khadijah masuk umur setahun saya sudah tidak guna lampin pakai buang lagi. Tinggal sebungkus dua pampers lebihan Aishah dulu. Aishah juga Alhamdulillah masuk sahaja dua tahun, saya sudah ajar potty . Alhamdulillah sebulan dua lepas tu,sudah tidak guna langsung pampers. 

Untuk Khadijah, saya berubah angin gunakan CD (cloth diapers). Saya invest hampir RM400 juga untuk 20 helai CD. Tapi alhamdulillah, rasa berbaloi-baloi dam jimat. Cukup je 20 helai, sebab Khadijah juga menjelang dua tahun nanti akan saya ajar potty training juga. 

5 helai lagi ada di jemuran, saya sedang sidai, cukup 5 helai saya basuhlah.




2. AISHAH
 
Sudah masuk 3 tahun. Dah besar anak dara Umi. Sudah banyak perkataan dalam Bahasa Inggeris yang dia tahu dan sudah boleh membina ayat-ayat. Alhamdulillah. Cuma jika Umi boleh ajar, mesti lebih baik. Lepas ni, Umi nak ajar kenal huruf dan nombor juga ajar mengaji dan solat pula.Paling penting Aishah sudah boleh diharap membantu kerja-kerja rumah. Kemas semula barang mainan itu sangat penting sebelum Umi mengamok.. 


3.KHADIJAH

Anak manja kesayangan saya. Sangat aktif.Ya Allah..semua kerusi di meja makan saya susun ke tepi. Dah jadi style buffet dah. Maklumlah, asal nampak kerusi mulalah memanjat. Sekarang ni dah pandai buka peti ais. Makanya, habis peti ais dikemasnya. Cepat meniru apa sahaja perbuatan Aishah. Yng paling bagus, sudah pandai menyebut beberapa perkataan "Ayah, Mimi (Umi), epol (epal), kukak (buka), Usu (susu),...) Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment