Friday, December 24, 2010

INSPIRING FB 2010'S STATUS

I'm listed several quotations in my FB 2010's status which inspiring me a lot. Have a look.

1. July 13
"When I woke up this morning,I asked myself, What are the secrets of SUCCESS IN LIFE? I found the answers right in my room.The fan said:Be cool.The roof said:Aim High.The Window said:See the world.The clock said:Every minute is precious.The mirrow said:Reflect,before you act.The door said:Push hard for your goals.And don't forget,the carpet said:Kneel down and pray, Finally the bookshelf said: Read up Quran and books a lot!"


*Note: Other inspiring status will be listed later. 

Thursday, December 16, 2010

SELAMAT HARI LAHIR MAK


16 Dis: Selamat Ulangtahun Kelahiran Mak. Terima Kasih kerana atas jasa baik mak sedari saya bayi hingga ke saat ini. Pengorbanan mak tiada tolak bandingannya. Hanya Allah sahaja yang membalasnya. Moga dilimpahi kebaikan dan diberkati kehidupan mak.

Saturday, December 11, 2010

ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah ..tiada apa yang lebih menggembirakan saya apabila berjaya mendapat keputusan yang "cemerlang" (bagi saya) dalam pengajian Master saya ini. Pointer saya sedikit meningkat semester ini. Alhamdulillah, berjaya mengekalkan Anugerah Dekan untuk dua semester. Dan yang paling membahagiakan tidak lain tidak bukan apabila dapat score A dalam subjek Child Law Datin Aziah. Saya memang dari awal tidak menaruh harapan untuk dapat A dalam subjek ini. Saya banyak mendengar dari kawan-kawan dan senior bahawa subjek ini jangan mimpi nak dapat A.

Tapi, saya memang nekad, tujuan saya untuk ambil subjek ini bukan kerana saya nak score yang A itu..Jika dapat, ia adalah bonus! Tapi yang lebih utama ialah saya memang bercita-cita dari dulu untuk mendalami undang-undang kanak-kanak ini dan saya memang MINAT. Faktor saya memilih menyambung pangajian sarjana di UKM pun kerana ada subjek Child Law. Malah, saya berangan-angan, jika saya diberi peluang untuk sambung PhD pun, saya akan buat mengenai undang-undang kanak-kanak ini. Dan Alhamdulillah saya berjaya. Terima kasih pada Datin Aziah yang  memberi semangat dan doa! Saya amat menghargainya.


Alhamdulillah, saya juga gembira kerana insyaAllah akan grad dengan kepujian kelas pertama. Tidak terbayang oleh saya akan nikmat yg Allah berikan ini. Saya yakin dan percaya ia adalah hadiah yang sangat berharga dan bermakna pada saya atas pengorbanan, kecekalan dan ketabahan saya selama ini. Saya berjaya menamatkan master dalam setahun (bersamaan 2 semester).


Dengan subjek yang diambil agak padat (4 subjek satu semester). Sebenarnya, saya tak punya pilihan untuk menangguhkan atau mengurangkan bilangan subjek yang diambil kerana dengan menangguhkan pengajian bermakna semakin banyak kos yang terpaksa ditanggung. Saya menyambung master dengan duit simpanan sendiri ( yang disimpan ketika bekerja dahulu) dan bekerja juga sebagai GRA untuk mendapatkan sedikit duit poket buat membeli buku dan belanja makan dan perjalanan ke kelas.  Selain ketiadaan teman sehidup semati di sisi saya untuk meluah masalah dan memohon bantu; kerana En. Suami juga turut menyambung pengajian Sarjana di Universiti Durham, United Kingdom . Saya kuatkan juga semangat!

Selain itu, saya turut memberi tumpuan membesarkan anak-anak saya yang masih kecil. Faham sahaja ragam anak-anak kecil. Sakit dan demam mereka, keperluan mereka. Malah jika saya ada di rumah, saya memang tak sampai hati menghadap lap top untuk buat kerja. Aishah ya, sudah memahami. "Oh, ummi buat esement ye", tapi Khadijah, dia akan memanjat-manjat saya minta diambil.  Pada mak, memohon bantu dijaga sebentar anak-anak sepemergian saya ke kelas saban hari selepas Asar hingga kadang-kadang selewat 11 malam, baru sampai kembali di rumah. Perjalanan 1 jam 10 minit setiap pergi dan balik dari kelas, memang memenatkan! Lebih-lebih lagi di malam hari mendaki dan menurun Bukit Tangga. Namun, alah bisa, tegal biasa!

Allahuakbar, bukan sedikit air mata yang tumpah! Menginsafi kelemahan dan kekurangan diri sendiri! Tertekan? Itu sangatlah pasti! SUNNGUH! Tak tergambar semua yang dilalui. Hanya Allah yang Tahu. Sering saya bermonolog pada diri sendiri; ya, bukan cinta sahaja penuh dengan air mata, saya yang sedang belajar ini pun tak lepas dari air mata. Pada mak lah tempat mengadu, sekadar melepas lelah di hati, dan kembali mencari kekuatan diri.

Saya tahu, kawan-kawan sepengajian pun memang ramai yang mendapat keputusan cemerlang, malah lebih baik dari saya. Tapi ini adalah ekspresi kegembiraan saya atas kejayaan yang saya kecapi ini. Pastinya versi saya sendiri. Saya berdoa, agar laluan saya akan semakin mudah selepas ini seterusnya memburu cita-cita saya.


Dedikasi terima kasih tak terhingga kepada En. Suami yang memberi peluang saya menyambung belajar, Redha, Bantuan, Sokongan, doa dan kasih sayang. Jutaan terima kasih pada mak, insan yang terlalu banyak berkorban untuk saya sedari kecil hingga ke saat ini. Angah akan selalu doakan kebaikan untuk mak dunia akhirat.


Juga buat anak-anak yang sangat memahami, Aishah Humaira dan Khadijah Safiyya. Ummi memang sayangkan kalian sepenuh hati. Pada kawan-kawan sepengajian yang sangat memahami dan memberi semangat; kakak Ad (terima kasih ajar saya), Awin (teman mendengar masalah), adik Fauziah, adik Sayzrah ( yang sering menjadi peneman akak), Da, Kak Nora, Hadi, Sayuti dan lain-lain. Budi baik kalian akan tetap saya kenang dan Allah sahajalah yang membalas kebaikan kalian pada saya.


Wednesday, December 8, 2010

Dah,Dah,Dah... Dijah Jangan Nangis!

Aishah menjelang usia tiga tahun, bulan empat tahun depan. Alhamdulillah, boleh juga diharap membantu saya apa yang patut. Tapi bagi saya , keletahnya itu memang menghiburkan. Dia memang cepat bercakap, seawal usia setahun setengah. Ketika usianya menjengah 2 tahun setengah, dia  sudah pandai menyebut beberapa perkataan Bahasa Inggeris. Malah sudah boleh membuat beberapa ayat pendek juga boleh menggunakan ayat dan perkataan dengan betul dan tepat.

Contohnya, bila dia dibantu atau diberikan apa yang dikehendakinya dia akan menyebut "Thank you so much Mi" atau menjawab "You're welcome", "Don't worry", What's wrong?", "Look, I see..", "It's working Mi", " Dijah, where are you?", "Dijah, come back", "Let's go Mi"," Ummi, be careful, Slow!", "We can do it"," I Love You Mi", "Ummi, I Love banana","Ummi, it's cute!",  dan sebagainya. Hari-hari saya akan mendengar perkataan dan ayat baru dari Aishah. Seronok dan mengujakan! Sebenarnya, saya tidaklah berbahasa Inggeris di rumah tapi saya kira Aishah banyak belajar sendiri. (Dia menonton kartun di Playhouse Disney). 



Sedang saya sibuk menghadap lap top pagi ini untuk menyiapkan sedikit kerja sebelum keluar, saya terdengar kata-kata Aishah kepada Khadijah yang baru sahaja bangun tidur. Khadijah bila bangun tidur, biasanya akan merengek-rengek. What Aishah said ? "Dah,dah,dah Dijah. Dijah jangan nangis, Dijah sudah besar. Don't worry Dijah, saya akan cari bantal  Dijah ye". Alahai sejuknya hati Ummi, Aishah memang kakak yang baik.


Dan azam saya sempena Hijrah 1432 ini, saya mahu mendidik puteri-puteri kesayangan saya; Aishah Humaira dan Khadijah Safiyya  menjadi seperti Serikandi Islam yang ulung; Saidatina Aishah r.a dan Saidatina Khadijah Al-Kubra r.a. Amiiiin. Moga Allah berikan saya kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam membesarkan dan mendidik mereka. Moga mereka menjadi anak yang solehah, cerdik, sihat dan sentiasa di bawah Rahmat dan jagaanNya selalu. Ya, mereka adalah Amanah Dua Permata saya!

Thursday, December 2, 2010

NASI TOMATO



Hari ini kami masak nasi tomato. Saya masakkan lauk pauk dan Ibunda masak nasinya. Kebetulan En.Suami bercuti. Jadi masaklah special sikit.



Menu: nasi tomato, ayam masak merah, pacheri nenas, jelatah (acar timun), dan keropok pepedum.

NASI LEMAK SAHAJA

Saya cuma memasak nasi lemak sahaja sempena ulangtahun kelahiran saya yang lepas sebagai hidangan kami sekeluarga. Ringkas sahaja dan mudah!



Menu: Nasi lemak, sambal ikan bilis, telur mata kerbau, ayam goreng, ikan bilis dan kacang tanah goreng, dan timun.

Tuesday, November 30, 2010

ULANGTAHUN KE 29

27 Nov- ulangtahun kelahiran saya yang ke-29. Bersyukur pada Allah atas nikmat usia ini dan moga ia diberkatiNya. Hadiah istimewa? Bersyukur; dikurniakan  suami yang bertanggungjwab dan menghargai saya sebagai isteri juga anak-anak yang cerdik dan comel. Moga Allah berkati keluarga saya ini. Mawaddah wa Rahmah.

(Aishah dan Khadijah)


Thursday, November 25, 2010

HAMPIR SETAHUN

Sudah mahu masuk setahun usia blog saya ini. Nampaknya, saya tidaklah terlalu rajin untuk menulis. Tapi saya tetap mahu memberikan nafas baru pada blog saya ini. Saya tukar background blog saya. Nampaknya saya masih sukakan latarbelakang tanah yang gelap dan tulisan timbul berwarna cerah. Harapan saya, selepas ini saya mahu rajin sikit menulis dan berkongsi informasi. Apa pun; yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Menjelang setahun usia blog saya ini, mari saya kongsikan sedikit gambar-gambar puteri kedua saya itu yang sudah masuk setahun 28 hb Oktober yang lepas. Moga menjadi anak yang cerdik dan solehah ye sayang.






KUALA PILAH SELEPAS SETAHUN

Lamanya saya tak up date blog. Hampir satu semester pengajian sarjana saya. semester akhirlah katakan. Adakah saya sibuk untuk mempertahankan CGPA saya? hihihi...Sebenarnya, semester kedua ini terlalu banyak cuti, saya juga sudah tidak berani untuk buat kerja saat akhir. Tapi rasanya kerja last minute jugak tu...Ada juga tugasan yang saya hantar dengan belas ehsan pensyarah dibenarkan lewat sehari.

eh, sebenarnya bukan saya nak cerita pasal master. Hari ni saya teragak untuk menulis apa yang saya lalui hari ini. Saya ke Kuala Pilah. Saya ke Uitm Kuala Pilah, menghadiri temuduga jawatan pensyarah Undang-undang di sana. (full stop, tak mahu cerita panjang, yang pasti seronok juga ditemuduga!).


Kuala Pilah, bukannya asing sangat bagi saya. Sewaktu saya practise dulu, Pejabat Tanah Kuala Pilah tu sudah biasa sangat saya pergi. Kerani di situ pun naik muak tengok muka saya, maklumlah menggesa nak cepat je...jadi bila nampak muka saya, "sekejap ye, ada Geran nak kasi, sekejap kak, sekejap itu, sekejap ini"..Sejak saya diberi tugasan mengendalikan kes tanah Dangi, (seingat saya sekembalinya saya bertugas selepas habis pantang Aishah) hinggalah saya mengandung anak kedua pula, saya sudah biasa berulang alik ke Kuala Pilah mengendalikan kes-kes saya yang berpuluh-puluh fail tu.

Kes-kes ini saya kendalikan secara peribadi. dari A hingga Z. dari minta consent, sampailah geran keluar. Dan sepanjang mengendalikan kes ini, banyak juga yang saya belajar dari ragam manusia. Penjual-penjual ini adalah pemilik tanah yang sudah uzur dan tua. Hatta ada yang tidak boleh lagi memegang pen. Menjual tanah mereka dengan harga yang sangat murah..(Cuma saya je yang tak ada RM24K untuk beli 3 ekar tanah yang sangat berpotensi untuk dimajukan untuk masa depan). Satu saja yang penting saya belajar, bila ia berkaitan duit, Pak Haji tua kerepot pun mata duitan!

Eh,eh..tiba-tiba terimbau pula. Tapi sebenarnya Kuala Pilah setahun lalu sudah banyak beza dengan hari ini. Sekarang sudah ada jalan baru yang lebih luas. Tak pastilah ada speed track ke tak. Jangan tak tahu saya pernah kena speed track di jalan Kuala Pilah yang lama. Rasa macam tak logik je, apa sangatlah kelajuan yang boleh saya bawa di jalan Kuala Pilah lama. Rezeki Pak Polisi lah nak pau duit saya. Nasib company yang bayar, selamat!


Tapi apa yang sangat saya perasan, dulu ketika saya memandu pergi dan balik, sambil memandu, saya masih dapat lihat keindahan bendang padi di kiri kanan jalan, sambil berangan-berangan seperti berada di Danau Meninjau. Tapi hari ini, saya kira, saya hanya menyaksikan lalang dan semak yang sangat tidak terurus rasanya. Entahlah! Seperti ada sesuatu yang kurang dalam perjalanan saya hari ini.

Thursday, June 3, 2010

KHADIJAH SAFIYYA

Pejam celik, pejam celik, Dijah Piya (panggilan Aishah untuk adiknya, kadang-kadang dia panggil Dijah Piya,Piya @ versi lagu Halimah Jongang The Series, ish,ish...siapalah ajar anak saya tengok cerita tu ..) sudah 7 bulan. Alhamdulillah, terbaru dah nak duduk dah, tapi bila nak duduk je sudah tergolek dulu. Khabarnya turut nak keluar gigi....

(Khadijah @ seminggu)

(Khadijah@ 1bulan)

(Khadijah @ 2 bulan)

(Khadijah@ 3 bulan)

Khadijah ketika 1,2 dan 3 bulan memang saling tak tumpah Aishah ketika bayi. Memang sejibik! Cuma dia lebih independent dan sangat "behave". Kenapa? Dia tidak meragam. Ketika dalam pantang saya tidur dengan lenanya di waktu malam. Dia boleh main sendiri dan tidak kisah ditinggal-tinggalkan.

(Khadijah@ 3 bulan setengah)


(Kahdijah @ 4 bulan)

(Khadijah@ 5 bulan)

Eh,eh, bila Khadijah sudah 4 hingga 7 bulan ini, dia sangat mewarisi raut wajah ayahnya pula. Baguslah , kata orang tua, muka ayah tu dia akan lebih cool. Aishah yang mewarisi wajah saya ( tak tahulah ramai orang cakap, malah ada sahabat mengatakan bahawa Aishah itu photostat muka saya sahaja), dia memang panas seperti saya! huhuhu..

(Khadijah @ 6 bulan)

Apa yang Khadijah sudah boleh buat ye? Saya ceritakan lain kali sahajalah ye...

Cuma hari ini saya mendengar berita dari corong radio, bahawa ada kanak-kanak seusia 2 tahun telah didera hingga mati. Kenapa jadi begitu. Tergamaknya? Saya saat ini merasakan bahawa antara salah satu faktor ialah apabila emosi si ibu tidak diambil peduli atau di bawah tekanan hidup yang teramat, ia akan membuatkan si ibu hilang pertimbangan hingga anak kecil itu menjadi tempat melepaskan rasa marah. 

Jadi saya berpendapat, ahli keluarga terdekat, terutamanya suami tolonglah fahami emosi dan keperluan isteri. Kadang-kadang isteri itu terlalu dibebani dengan tugasan-tugasan sebagai isteri, suri rumah, ibu dan juga pencari sumber rezeki sekaligus. Seorang ibu atau isteri itu sebenarnya sangat memerlukan "support system" yang baik untuk dia menjadi seorang ibu dan isteri yang terpimpin emosi dan peranannya.  
Wallahu a'lam.

Wednesday, June 2, 2010

ISU PANAS: KAHWIN LAGI OH KAHWIN LAGI.

Saya sangat terpanggil untuk memberi respon satu mesej yang telah dihantar oleh Admin, (saya kira) bagi grup "SMKA Pedas 1998". Berikut saya cut and paste sahaja mesej saya dan Tuan Admin. (tapi saya sudah editlah short form tu sebab serabut betul otak saya baca short form, short form ni..Lagi satu, sebab teringat pula pada En. Suami yang memang tak boleh berkompromi langsung dengan short form ok...oh, sebab inilah ye.)

Tuan Admin:Haa...sapa dah kawen.. boleh la kawen..lagi...kesian perempuan skrg lg ramai dr laki2...sapa nak selamatkan Depa2 nie semua...ish...aku tgk la ni...byk sgt yg buang baby2 ni gitu jer...jadi kawen la lg..murah2 jer...utk elak buang baby yg x berdosa nie...hee..heee...tp yg lum kawen tu..kawen 4 jer terus..muwahaaa..utk kaum adam jer tau..heee..

Saya: Sorry, better double check the statement that the man is less than woman. because i got the facts that another way around..(bukan apa, saya baru je dengar Dato' Dr. Zaleha, Timbalan Pengarah IKIM kata, sebenarnya bukan perempuan ramai dari lelaki sangat pun, just nice, fair and square. So, saya kira, mesej saya ni berasalah).

Tuan Admin:Betul kot klu 'around the world...'tp aku dpt statistik ni pun member yg berbidang dlm statistik...dlm malaysia aku pun rs gitu..prmpn lebih ramai dari laki2, sbb yg aku rasa laki2 byk buat phd sendiri2..tu yg mybbkan laki2 kurang nak wujud dlm bumi malaysia..semoga Allah menylamatkan kita dan keturunan kita semua..ameeeeeeeeeeeeenn.

Saya: sORRY ...I feel uncomfort lah with your massage of Kawen lagi tu..Really sorry tau! For me and based on my research, antara sebab utama yg menyebabkan kes buang bayi itu adalah masalah sosial..statistik dr JKM menyatakan bahawa mereka yg menjuarai kes ini adalah remaja melayu. It shouln't be a big problem, jika mereka mahu kahwin, JAWI pun sebagai cth ada usaha utk beri bantuan kewangan untuk mereka. Tapi masalah problem ni bila mereka memilih untuk melakukan zina sehingga lahirnya anak haram. Ya, memang ada sebab kes buang bayi dilakukan oleh ibu bapa yg merasakan bahawa mereka tak mampu menyara dan membesarkan anak mereka atas faktor ekonomi. Tapi, back to the basic, pemahaman agama yang cetek kerana tidak memahami dosa berzina dan buang bayi itu sendiri, juga tidak yakin bahawa anak itu adalah amanah dan rezeki. Saya rasa ini adalah masalahnya.

Tuan Admin:ehh xpa...kita bukan berdebat...ni as a wadah utk kita berkongsi pndapat..masing2 ada hak utk menyuarakn pendapat dn pandangan...cuma kebanyakan kajian dibuat, ianya hanya gejala2 sampingan yg timbul dr kelemahan keimanan kita...klu nak kata kurg ilmu dn pemahaman...rs2nye..ari ni...dgn teknlogi yg canggih2 ni..takkan x tau kot bahana berzina nie...dan aku dgr byk penceramah2 la ni bg tau dn yg terbaru ms khutbah jumaat di tmpt aku...sbb utama ialah 'Solat Tlh Ditinggalkan'..based on your research..hang kata anak2 mlayu ramai yg trlibat...pernah tak tanye depa2 nie pasal solat...depa2 nie solat ke..atau tidak... 

Saya:Me secara personal bukan nak memperdebatkan isu lelaki nak kahwin lagi tu. Jika dengan berkahwin lagi itu dapat mengelakkan kes zina berlaku dan membenteras kes pembuangan bayi..go ahead.tapi institusi keluarga itu mesti dibina atas dasar tanggungjawab. Kerapuhan institusi kekeluargaan sekarang banyak mempengaruhi pembinaan emosi dan jatidiri anak-anak. Bimbang kelak, jika tumbesaran mereka tidak seimbang ye dari segi rohani , dengan kurangnya didikan agama dan emosi (kurang kasih sayang), yelah bila si ayah sibuk untuk menambah isteri..maka, mereka akan terjebak sekali lagi dengan masalah sosial ini..again, masalah ini akan berangkai-rangkai....tiada kesudahan..malang ye jika begitu... 

Tuan Admin: hee...ye...aku rs dah jwab persoalan ni dlm mesej terbaru la sr nye 'kawen > 1'.....xpa...jadi mari kita sama2 berdoa agr institusi bukn shj kluarga malah seluruh dunia hingga hari kiamat dpt mengadaptasikan kehidupan agama yg sebenarnye...wallah hu a'lam... 

Saya: Itu sebab saya nyatakan tadi..kita kena balik semula pada basiclah...agama.Bukankah Islam itu sendiri maksudnya selamat kan..Ish, jangan tak tahu memang faktor kurang ilmu dan pemahaman agama itu menjadi antara faktor tau..nak tengok bagaimana seorang remaja menjawab pertanyaan seoarang Kaunselor MAINS berkenaan mandi wajib, tau apa jawabnya, oh, yg 7 kali basuhan tu....ish,ish,ish......Agama, Ilmu dan Iman kan berkaitan antara satu sama lain..Bila ia ingin diperkasa, perkasailah kesemuanya sekali. Pesan utk diri sendiri sebenarnya. 

Saya: anyway, thanks.....insyaAllah, jika ada rezeki dan umur , saya ingin membuat specialisation insyaAllah dalam "children advocacy".kerana itu saya sedikit sebanyak memberi respon atas isu yg berkaitan. Doakan. ye..

Tuan Admin: mmg tidk dinafikan ape yg tlh dinyatakan...kebayankan kita akn kalah dgn maksiat apabila kalimah ke-3 'IMAN' itu terlalu lemah..as contoh...rasa2nye semua org islam tau solat itu wajib dn tiggalkan nye berdosa...disini 1st...org itu tlh ada agama iaitu islam, 2nd-dia tlh berilmu iaitu tahu akan ttg wajib nye solat dan berdosa jika ditggalkan..tapi 3rd..."IMAN" terlalu lemah shingga yg bersolat leh dikira dgn jari... sbb itu as your said just now..agama. ilmu dan iman berkaitan..tp jika salah satu sangkut...sangkut la semuanye...sy doakan agr cita2 anti tercapai...ameeennn

(Antara jawapan saya tu sedikit ihsan dari perkongsian ilmu yang saya cedok sikit dari blog En. Suami..bab kes buang bayi tu dan masalah sosial tu..kena aknowledge lah sikit)

(Kenapa baby saya pula yang menjadi model ni? sebenarnya sekadar nak tunjukkan betapa baby pada pandangan saya sangat comel dan menghiburkan, jadi sayang kan jika dibuang begitu sahaja....)

CELEBRATING AISHAH TWO YEARS YOUNG



(AISHAH; TWO YEARS YOUNG)


(AISHAH DAN UMMI)

(24: 2 FOR AISHAH, 4 FOR 4TH UMMI AND AYAH'S ANNIVERSARY & 24 FOR TANTER'S 24 YEARS OLD)


The above cakes are sponsored by Tanter..Thank you Tanter for the yummy, yummy, yummy and beautiful cakes. We are all ate with full stomach sampai tergolek..Eh, tak kanlah.....sebenarnya upacara itu kami adakan serentak dengan Aqiqah Khadijah Safiyya untuk dijamu kepada saudara mara dan rakan taulan yang hadir...Sempena ulangtahun kelahiran Aishah yang kedua, ulangtahun kelahiran Tanter yang ke-24 dan ulangtahun perkahwinan Ummi dan ayah yang ke-4..Tatara............. itulah sebabnya kek tersebut bernombor 24.


Thursday, April 1, 2010

AISHAH 2 YEARS YOUNG

Happy Besday Aishah. Happy Besday Aishah, Happy Besday, Happy Besday, Happy Besday Aishah (versi Aishah).Salam ulangtahun ke-2 sayang.

Saturday, March 6, 2010

AISHAH IS ABOUT 2 YEARS


Aishah is about 2 years young next month. I am exciting to share with you her progress. In simple word, she is most likely me in every aspects.I really impress with her concern attitude which I think at the very beginning that 2 years old kid might not have this.

Monday, February 22, 2010

PROGRAM NATRAH; 27 HB FEB 2010


Saya telah menjadi Moderator pada SEMINAR SEHARI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL MENYOROTI PERISTIWA NATRAH; MATLAMAT KEARAH PENYATUAN UMMAH, Bertarikh 27 Haribulan Februari 2010 bersamaa 13 Rabiul Awwal 1431 Hijrah, BERSAMA Penceramah KHAS Datin Fatini Yaacob (penulis buku Natrah).

Khadijah Safiyya di Hospital Jelebu


Saya mendoakan puteri kedua saya ini setabah dan secekal namanya. Saya amat kagum dengannya sejak hari pertama kelahirannya lagi.

Mengapa saya katakan demikian. Dia lahir tanpa kehadiran ayahnya di sisi. Dia membesar dengan kasih sayang Ummi dan Uwanya.Pastinya bagi saya dia tabah dan cekal hati seperti Umminya. Amiin..

(the only time Khadijah tidak menagis. Dia sangat mengantuk kerana seharian dia tidak tidur. Get well soon cayang)

Wednesday, February 17, 2010

Ada Apa dengan 27 & 28 (Siri2)

Mari "flash back " kembali apa yang ada.



1.28/09: Suami saya berangkat Ke UK menyambung master setahun di sana.

2.28/10: Alhamdulillah, selamat melahirkan puteri saya yang kedua-Khadijah 
            Safiyya
3.27/11:Hari Ulangtahun kelahiran saya yang ke-28 dan Hari raya EidulAdha
            tanpa suami di Malaysia.


Seorang sahabat baik mengingatkan saya bahawa saya punya sesuatu yang mahu dikongsikan pada tarikh ini.Ya, 28/12 adalah hari terakhir saya di pejabat lama saya.Apa?Begitulah hakikatnya. saya tinggalkan bilik saya yang menjadi "rebutan", saya tinggalkan gaji saya yang yang agak lumayan ( hampir dua kali ganda dari elaun GRA saya sekarang ini) dan rakan-rakan kerja yang sangat serasi.

Saya kini bukan lagi bernaung di firma guaman tut.Dan saya memang sudah lama berpendirian bahawa firma guaman tut adalah firma guaman saya yang terakhir dan saya tidak mahu melompat ke mana-mana firma guaman lagi walau apa pun yang terjadi.

Mengapa saya keluar dari situ sedangkan saya telah dikategorikan sebagai peguam senior di situ? Hampir 5 tahun saya beramal dengan undang-undang. Saya juga sering menjadi rujukan kawan-kawan di dalam bidang saya (Pada kawan-kawan seangkatan anda mesti bersetuju dengan saya kan. ops sila jawab dalam hati ye)Sudah bosankah saya?Ada masalah dengan Boss? Cukuplah sekadar saya katakan, saya mahu menumpukan perhatian kepada anak-anak dan Master Undang-undang saya.

Kebetulan suami saya tiada di Malaysia sepanjang tahun ini.Inilah masa yang sesuai untuk menyambung kembali pengajian saya yang sudah lama tertangguh itu. Saya juga perlu memilih untuk perkara-perkara yang lebih penting dan utama.
Kini saya telah mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa Master Undang-undang.Dua minggu awal semester bermula, saya terkial-kial mencari rentak. Serba serbi tidak kena.Terasa otak saya berkarat. Saya banyak lupa tentang subjek yang pernah saya ambil ketika undergrade dulu.Mujur sahaja teman-teman sekelas sangat baik dan banyak membantu. Maka saya simpulkan budaya belajar di UKM ialah "sharing is caring"..Ia membuatkan saya sangat selesa dan gembira kembali bergelar pelajar Master.
Rupa-rupanya dalam pada saya mengelak untuk kembali terlibat menjadi peguam, rupa-rupanya masih ada teman-teman yang mahu saya mengendalikan kes mereka. Awalnya, saya berat untuk menerima kerana tugasan saya sebagai pelajar dan RA sangat memerlukan komitmen masa saya. Saya kerap menghadap komputer walaupun di rumah. (Amat menimbulkan rasa kurang senang Aishah dan Khadijah). Tapi ternyata saya rindu dengan dokumen perundangan, agreement,dan paling saya suka ialah mengira yuran guaman.(Bagilah saya berapa pun figure nya, saya pasti pantas mengiranya).Jadi saya terima pelawaan seorang sahabat untuk menumpang di firma guamannya secara freelance.



(Bilik panas: bilik lama saya yang dirindui)

Nampaknya, saya suka gaya hidup yang sibuk dan jadual yang padat. Masa saya kini dipenuhi dengan kesibukan rutin harian sebagai ibu dan ayah, pelajar Master undang-undang secara sepenuh masa (Saya perlu menyiapkan 3 buah assignment@10,000 patah perkataan dan satu projek mini juga perlu bersedia untuk menghadapi Peperiksaan Akhir Semester), pembantu penyelidik Kumpulan Penyelidik saya, juga kes undang-undang kendalian saya dan kerja sukarelawan saya dalam ABIMNS. Malah saya berangan pula untuk mentauliahkan diri sebagai peguam Syarie di Seremban.( Saya kagum dengan Awin dan Kak yus dalam bab multitasking ini).

Saya sebenarnya gembira dengan cara hidup saya sekarang. Semua yang saya mahu lakukan satu ketika dulu dapat saya lakukan pada hari ini.Saya tidak lagi perlu sakit kepala dan stress bekerja di firma tut.Saya berpeluang untuk menambah ilmu pengetahuan, memajukan diri sendiri dan mencari pengalaman-pengalaman berharga dalam hidup dan paling penting membesarkan anak-anak saya sendiri. Saya berdoa moga saya diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan untuk segala amanah dan tanggungjawab ini.

Akhirnya, diam tak diam, puteri manja saya; Khadijah Safiyya kini sudah berusia 4 bulan dan sudah 5 bulan juga Aishah tidak bertemu ayahnya.eh, saya sebenarnya mahu menyiapkan slides untuk presentation saya selasa ini, maka saya perlu berhenti mencoret di sini.Jumpa lagi.


(Khadijah @ 4 months)







ADA APA DENGAN 27 &28 (SIRI 1)
27 &28; nombor-nombor ini mengingatkan saya akan:

28/9/2009.
Saya bukan tidak biasa menghantar dan menjemput suami saya dari KLIA &LCCT.Suami saya kerap ke luar negeri dan luar negara. Jadi ditingal-tinggalkan itu sudah biasa bagi saya.Tapi kali ini berlainan sangat saya rasa. Beberapa hari sebelum suami saya berangkat ke Durham, UK untuk menyambung Master beliau selama setahun di sana, saya sangat sedih dan sayu.
Sepanjang perjalanan ke KLIA pada 28/9/2009, saya lebih banyak membisukan diri .Tipulah saya tidak sedih. Cuma saya berusaha untuk tidak mahu menangis.Malulah menangis!Bermacam-macam bermain di kepala, kebetulan ketika itu saya sedang sarat mengandung anak kami yang kedua.Sebenarnya bukan saya tidak bersedia. Saya telah maklum akan rancangan suami untuk melanjutkan pelajaran awal-awal lagi.
Seingat saya, saya adalah orang yang paling terakhir bersalam dengan suami ketika itu.Empangan air mata saya pecah. Alamak, saya menangislah.Saya dan Aishah menangis. Kami menangis bersungguh-sungguh.Hibanya.

Nota:Kini saya sudah tidak menangis lagi.
 
 
(Lihat Aishah anak kesayangan ayah tu, sebelum ayahnya berangkat ke UK)


28/10/2009.
Sengaja saya mengambil cuti beberapa hari sebelum tarikh dijangkakan bersalin. Ini kerana saya mahu berehat.Kerja-kerja di pejabat sangat memenatkan saya.

Selepas subuh 27/10, saya mengalami sedikit kontraksi. Mak saya berkeras mahu saya ke hospial membuat pemeriksaan. saya turutkan sahaja. Cuma saya dapat rasakan saya belum mahu bersalin lagi.Tekak saya ketika itu terasa mahu makan "Fish &Chip". Jadi kami singgah di "MarryBrown" kemudian berpatah semula ke rumah.

Saya menunaikan solat Maghrib dan Isyak di awal waktu malam itu.Selepas makan, saya menonton TV.Habis sahaja rancangan "Si Capik", belakang saya sangat sakit.Saya tidak boleh tidur. Tapi masih berkira-kira untuk ke hospital atau tidak. Saya mengambil keputusan untuk ke hospital juga malam itu. Sebaik sahaja sampai di KPJ,kontraksi saya serta merta hilang.Tapi saya tidak mahu mengambil risiko pulang semula ke rumah. Perjalanan dari rumah ke hospital memakan masa 40 minit. Jadi saya memutuskan untuk bermalam di hotel murah berhadapan dengan hospital. Kebetulan Aishah sudah pun tidur.

Selepas check in di hotel, saya mahu tidur. Tapi tak boleh. Saya mengisi masa dengan membaca himpunan 40 selawat pilihan ke atas Nabi saw.Sekitar jam 2.15 pagi. Kontraksi saya semakin kerap.Ya, saya dapat rasakan bahawa saya akan bersalin beberapa jam lagi. Saya menggerakkan mak saya untuk menemani saya ke hospital dan meninggalkan Aishah dan mak ciknya di bilik hotel. Saya sempat menelefon Doktor dan mengirimkan sms pada suami saya mohon keampunan dan restu juga doa.

Saya terus ke unit kecemasan.Kemudian terus dibawa ke labour room. Saya diminta menukar pakaian dan Nurse memeriksa denyutan jantung bayi sementara menunggu Doktor datang.Jam 3 pagi, Doktor memeriksa saya. Beliau mengatakan bahawa kontraksi saya sudah 3 minit sekali.Bukaan pintu rahim juga sudah 8cm.Saya dijangka akan bersalin jam5 nanti. Doktor terus memecahkan air ketuban. Ya Allah, sakitnya.

Saya tak putus-putus berdoa agar dipermudahkan urusan bersalin saya ini.Saya terus membaca himpunan selawat.Jam 4.45 pagi, kesakitan saya tidak dapat ditahan lagi. Saya terus menekan butang.Nurse yang memeriksa saya mengatakan bahawa pintu rahim saya sudah terbuka 10cm dan saya sudah boleh meneran.Doktor dan berapa orang jururawat sudah bersedia membantu saya. Alhamdulillah, jam 5.12 pagi, 28/10/2009, saya telah selamat melahirkan bayi perempuan saya yang seberat 3.13kg. Oleh kerana suami saya tiada di sini, Doktor Ishak telah mengazan dan mengiqamatkan anak saya.

Saya kini ibu kepada dua permata hati saya; Aishah Humaira dan Khadijah Safiyya. Saya berdoa diberi kekuatan dan ketabahan membesarkan anak-anak saya di saat suami saya jauh di perantauan.


Nota:Mak saya turut berada di labour room menggantikan tempat suami saya.

(Introducing my new little princes; Khadijah Safiyya Binti Jufitri)

27/11/2009.
Salam Aidiladha.Juga Salam Kelahiran saya yang ke 28.

(gambar sambutan tahun 2008, tahun 2009- saya dalam pantang, So, no cake!)