Wednesday, December 8, 2010

Dah,Dah,Dah... Dijah Jangan Nangis!

Aishah menjelang usia tiga tahun, bulan empat tahun depan. Alhamdulillah, boleh juga diharap membantu saya apa yang patut. Tapi bagi saya , keletahnya itu memang menghiburkan. Dia memang cepat bercakap, seawal usia setahun setengah. Ketika usianya menjengah 2 tahun setengah, dia  sudah pandai menyebut beberapa perkataan Bahasa Inggeris. Malah sudah boleh membuat beberapa ayat pendek juga boleh menggunakan ayat dan perkataan dengan betul dan tepat.

Contohnya, bila dia dibantu atau diberikan apa yang dikehendakinya dia akan menyebut "Thank you so much Mi" atau menjawab "You're welcome", "Don't worry", What's wrong?", "Look, I see..", "It's working Mi", " Dijah, where are you?", "Dijah, come back", "Let's go Mi"," Ummi, be careful, Slow!", "We can do it"," I Love You Mi", "Ummi, I Love banana","Ummi, it's cute!",  dan sebagainya. Hari-hari saya akan mendengar perkataan dan ayat baru dari Aishah. Seronok dan mengujakan! Sebenarnya, saya tidaklah berbahasa Inggeris di rumah tapi saya kira Aishah banyak belajar sendiri. (Dia menonton kartun di Playhouse Disney). 



Sedang saya sibuk menghadap lap top pagi ini untuk menyiapkan sedikit kerja sebelum keluar, saya terdengar kata-kata Aishah kepada Khadijah yang baru sahaja bangun tidur. Khadijah bila bangun tidur, biasanya akan merengek-rengek. What Aishah said ? "Dah,dah,dah Dijah. Dijah jangan nangis, Dijah sudah besar. Don't worry Dijah, saya akan cari bantal  Dijah ye". Alahai sejuknya hati Ummi, Aishah memang kakak yang baik.


Dan azam saya sempena Hijrah 1432 ini, saya mahu mendidik puteri-puteri kesayangan saya; Aishah Humaira dan Khadijah Safiyya  menjadi seperti Serikandi Islam yang ulung; Saidatina Aishah r.a dan Saidatina Khadijah Al-Kubra r.a. Amiiiin. Moga Allah berikan saya kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam membesarkan dan mendidik mereka. Moga mereka menjadi anak yang solehah, cerdik, sihat dan sentiasa di bawah Rahmat dan jagaanNya selalu. Ya, mereka adalah Amanah Dua Permata saya!

No comments:

Post a Comment