Friday, December 24, 2010

INSPIRING FB 2010'S STATUS

I'm listed several quotations in my FB 2010's status which inspiring me a lot. Have a look.

1. July 13
"When I woke up this morning,I asked myself, What are the secrets of SUCCESS IN LIFE? I found the answers right in my room.The fan said:Be cool.The roof said:Aim High.The Window said:See the world.The clock said:Every minute is precious.The mirrow said:Reflect,before you act.The door said:Push hard for your goals.And don't forget,the carpet said:Kneel down and pray, Finally the bookshelf said: Read up Quran and books a lot!"


*Note: Other inspiring status will be listed later. 

Thursday, December 16, 2010

SELAMAT HARI LAHIR MAK


16 Dis: Selamat Ulangtahun Kelahiran Mak. Terima Kasih kerana atas jasa baik mak sedari saya bayi hingga ke saat ini. Pengorbanan mak tiada tolak bandingannya. Hanya Allah sahaja yang membalasnya. Moga dilimpahi kebaikan dan diberkati kehidupan mak.

Saturday, December 11, 2010

ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah ..tiada apa yang lebih menggembirakan saya apabila berjaya mendapat keputusan yang "cemerlang" (bagi saya) dalam pengajian Master saya ini. Pointer saya sedikit meningkat semester ini. Alhamdulillah, berjaya mengekalkan Anugerah Dekan untuk dua semester. Dan yang paling membahagiakan tidak lain tidak bukan apabila dapat score A dalam subjek Child Law Datin Aziah. Saya memang dari awal tidak menaruh harapan untuk dapat A dalam subjek ini. Saya banyak mendengar dari kawan-kawan dan senior bahawa subjek ini jangan mimpi nak dapat A.

Tapi, saya memang nekad, tujuan saya untuk ambil subjek ini bukan kerana saya nak score yang A itu..Jika dapat, ia adalah bonus! Tapi yang lebih utama ialah saya memang bercita-cita dari dulu untuk mendalami undang-undang kanak-kanak ini dan saya memang MINAT. Faktor saya memilih menyambung pangajian sarjana di UKM pun kerana ada subjek Child Law. Malah, saya berangan-angan, jika saya diberi peluang untuk sambung PhD pun, saya akan buat mengenai undang-undang kanak-kanak ini. Dan Alhamdulillah saya berjaya. Terima kasih pada Datin Aziah yang  memberi semangat dan doa! Saya amat menghargainya.


Alhamdulillah, saya juga gembira kerana insyaAllah akan grad dengan kepujian kelas pertama. Tidak terbayang oleh saya akan nikmat yg Allah berikan ini. Saya yakin dan percaya ia adalah hadiah yang sangat berharga dan bermakna pada saya atas pengorbanan, kecekalan dan ketabahan saya selama ini. Saya berjaya menamatkan master dalam setahun (bersamaan 2 semester).


Dengan subjek yang diambil agak padat (4 subjek satu semester). Sebenarnya, saya tak punya pilihan untuk menangguhkan atau mengurangkan bilangan subjek yang diambil kerana dengan menangguhkan pengajian bermakna semakin banyak kos yang terpaksa ditanggung. Saya menyambung master dengan duit simpanan sendiri ( yang disimpan ketika bekerja dahulu) dan bekerja juga sebagai GRA untuk mendapatkan sedikit duit poket buat membeli buku dan belanja makan dan perjalanan ke kelas.  Selain ketiadaan teman sehidup semati di sisi saya untuk meluah masalah dan memohon bantu; kerana En. Suami juga turut menyambung pengajian Sarjana di Universiti Durham, United Kingdom . Saya kuatkan juga semangat!

Selain itu, saya turut memberi tumpuan membesarkan anak-anak saya yang masih kecil. Faham sahaja ragam anak-anak kecil. Sakit dan demam mereka, keperluan mereka. Malah jika saya ada di rumah, saya memang tak sampai hati menghadap lap top untuk buat kerja. Aishah ya, sudah memahami. "Oh, ummi buat esement ye", tapi Khadijah, dia akan memanjat-manjat saya minta diambil.  Pada mak, memohon bantu dijaga sebentar anak-anak sepemergian saya ke kelas saban hari selepas Asar hingga kadang-kadang selewat 11 malam, baru sampai kembali di rumah. Perjalanan 1 jam 10 minit setiap pergi dan balik dari kelas, memang memenatkan! Lebih-lebih lagi di malam hari mendaki dan menurun Bukit Tangga. Namun, alah bisa, tegal biasa!

Allahuakbar, bukan sedikit air mata yang tumpah! Menginsafi kelemahan dan kekurangan diri sendiri! Tertekan? Itu sangatlah pasti! SUNNGUH! Tak tergambar semua yang dilalui. Hanya Allah yang Tahu. Sering saya bermonolog pada diri sendiri; ya, bukan cinta sahaja penuh dengan air mata, saya yang sedang belajar ini pun tak lepas dari air mata. Pada mak lah tempat mengadu, sekadar melepas lelah di hati, dan kembali mencari kekuatan diri.

Saya tahu, kawan-kawan sepengajian pun memang ramai yang mendapat keputusan cemerlang, malah lebih baik dari saya. Tapi ini adalah ekspresi kegembiraan saya atas kejayaan yang saya kecapi ini. Pastinya versi saya sendiri. Saya berdoa, agar laluan saya akan semakin mudah selepas ini seterusnya memburu cita-cita saya.


Dedikasi terima kasih tak terhingga kepada En. Suami yang memberi peluang saya menyambung belajar, Redha, Bantuan, Sokongan, doa dan kasih sayang. Jutaan terima kasih pada mak, insan yang terlalu banyak berkorban untuk saya sedari kecil hingga ke saat ini. Angah akan selalu doakan kebaikan untuk mak dunia akhirat.


Juga buat anak-anak yang sangat memahami, Aishah Humaira dan Khadijah Safiyya. Ummi memang sayangkan kalian sepenuh hati. Pada kawan-kawan sepengajian yang sangat memahami dan memberi semangat; kakak Ad (terima kasih ajar saya), Awin (teman mendengar masalah), adik Fauziah, adik Sayzrah ( yang sering menjadi peneman akak), Da, Kak Nora, Hadi, Sayuti dan lain-lain. Budi baik kalian akan tetap saya kenang dan Allah sahajalah yang membalas kebaikan kalian pada saya.


Wednesday, December 8, 2010

Dah,Dah,Dah... Dijah Jangan Nangis!

Aishah menjelang usia tiga tahun, bulan empat tahun depan. Alhamdulillah, boleh juga diharap membantu saya apa yang patut. Tapi bagi saya , keletahnya itu memang menghiburkan. Dia memang cepat bercakap, seawal usia setahun setengah. Ketika usianya menjengah 2 tahun setengah, dia  sudah pandai menyebut beberapa perkataan Bahasa Inggeris. Malah sudah boleh membuat beberapa ayat pendek juga boleh menggunakan ayat dan perkataan dengan betul dan tepat.

Contohnya, bila dia dibantu atau diberikan apa yang dikehendakinya dia akan menyebut "Thank you so much Mi" atau menjawab "You're welcome", "Don't worry", What's wrong?", "Look, I see..", "It's working Mi", " Dijah, where are you?", "Dijah, come back", "Let's go Mi"," Ummi, be careful, Slow!", "We can do it"," I Love You Mi", "Ummi, I Love banana","Ummi, it's cute!",  dan sebagainya. Hari-hari saya akan mendengar perkataan dan ayat baru dari Aishah. Seronok dan mengujakan! Sebenarnya, saya tidaklah berbahasa Inggeris di rumah tapi saya kira Aishah banyak belajar sendiri. (Dia menonton kartun di Playhouse Disney). 



Sedang saya sibuk menghadap lap top pagi ini untuk menyiapkan sedikit kerja sebelum keluar, saya terdengar kata-kata Aishah kepada Khadijah yang baru sahaja bangun tidur. Khadijah bila bangun tidur, biasanya akan merengek-rengek. What Aishah said ? "Dah,dah,dah Dijah. Dijah jangan nangis, Dijah sudah besar. Don't worry Dijah, saya akan cari bantal  Dijah ye". Alahai sejuknya hati Ummi, Aishah memang kakak yang baik.


Dan azam saya sempena Hijrah 1432 ini, saya mahu mendidik puteri-puteri kesayangan saya; Aishah Humaira dan Khadijah Safiyya  menjadi seperti Serikandi Islam yang ulung; Saidatina Aishah r.a dan Saidatina Khadijah Al-Kubra r.a. Amiiiin. Moga Allah berikan saya kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam membesarkan dan mendidik mereka. Moga mereka menjadi anak yang solehah, cerdik, sihat dan sentiasa di bawah Rahmat dan jagaanNya selalu. Ya, mereka adalah Amanah Dua Permata saya!

Thursday, December 2, 2010

NASI TOMATO



Hari ini kami masak nasi tomato. Saya masakkan lauk pauk dan Ibunda masak nasinya. Kebetulan En.Suami bercuti. Jadi masaklah special sikit.



Menu: nasi tomato, ayam masak merah, pacheri nenas, jelatah (acar timun), dan keropok pepedum.

NASI LEMAK SAHAJA

Saya cuma memasak nasi lemak sahaja sempena ulangtahun kelahiran saya yang lepas sebagai hidangan kami sekeluarga. Ringkas sahaja dan mudah!



Menu: Nasi lemak, sambal ikan bilis, telur mata kerbau, ayam goreng, ikan bilis dan kacang tanah goreng, dan timun.