Sunday, September 18, 2011

MENJELANG KONVOKESYEN

Saya tidaklah beria sangat untuk konvokesyen Master saya ini. Pertama sebab tidak dapat meraikan kejayaan saya bersama En. Suami yang kini sedang menjalani kursus selama dua bulan di Melbourne, Australia. Kedua, keadaan saya yang tidak berapa gagah perkasa. Tapi bila difikirkan apa salahnya saya  meraikan kejayaan saya setelah berpenat lelah setahun menghabiskan pengajian Sarjana saya. Aishah pun apabila melihat gambar konvokesyen saya ketika pra siswazah selalu bertanya: Umi, ini Umi dengan Mak, Umi dengan Koyang, Umi dengan Nek Ma, Pak Yong dan Ma Dik. But where Aishah and Dijah?  Oklah, Umi pergi jugaklah majlis konvokesyen Umi, nanti kita ambil gambar together ye...Lagi satu manalah tahu boleh memberi semangat baru untuk maju lagi setapak..

***Umi: simple woman with a BIG HEART!

 (kononnya nak letak gambar konvo masa degree dulu, tapi tak jumpa..letak gambar ni jelah ye...)

Monday, September 5, 2011

YA ALLAH, MAKE ME STRONG (SAMI YUSUF)

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free

I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow

You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong...
  
"DUNIA ini terlalu HINA untuk membuat kita MENANGIS. Terlalu MURAH untuk membuat kita BERSEDIH. Terlalu LEMAH untuk membuat kita PUTUS ASA, Memang ALLAH tidak menjanjikan Langit itu selalu BIRU, BUNGA itu selalu MEKAR, MENTARI itu selalu BERSINAR,TETAPI ketahuilah bahawa ALLAH selalu memberi PELANGI di setiap BADAI, SENYUM di setiap AIR MATA, BERKAH di setiap MUSIBAH, Dan JAWAPAN di setiap DOA. (Wall  FB Qaseh Syuhada)".

Sunday, September 4, 2011

SALAM EIDULFITRI


Selamat Hari Raya Eidul Fitri. Maaf Zahir Batin.
(Dari: Norazla Abdul Wahab, Jufitri Joha, Aishah Humaira dan Khadijah Safiyya).

Wednesday, May 18, 2011

SAJA MAHU KONGSI

1. CD

Sebenarnya sejak Khadijah masuk umur setahun saya sudah tidak guna lampin pakai buang lagi. Tinggal sebungkus dua pampers lebihan Aishah dulu. Aishah juga Alhamdulillah masuk sahaja dua tahun, saya sudah ajar potty . Alhamdulillah sebulan dua lepas tu,sudah tidak guna langsung pampers. 

Untuk Khadijah, saya berubah angin gunakan CD (cloth diapers). Saya invest hampir RM400 juga untuk 20 helai CD. Tapi alhamdulillah, rasa berbaloi-baloi dam jimat. Cukup je 20 helai, sebab Khadijah juga menjelang dua tahun nanti akan saya ajar potty training juga. 

5 helai lagi ada di jemuran, saya sedang sidai, cukup 5 helai saya basuhlah.




2. AISHAH
 
Sudah masuk 3 tahun. Dah besar anak dara Umi. Sudah banyak perkataan dalam Bahasa Inggeris yang dia tahu dan sudah boleh membina ayat-ayat. Alhamdulillah. Cuma jika Umi boleh ajar, mesti lebih baik. Lepas ni, Umi nak ajar kenal huruf dan nombor juga ajar mengaji dan solat pula.Paling penting Aishah sudah boleh diharap membantu kerja-kerja rumah. Kemas semula barang mainan itu sangat penting sebelum Umi mengamok.. 


3.KHADIJAH

Anak manja kesayangan saya. Sangat aktif.Ya Allah..semua kerusi di meja makan saya susun ke tepi. Dah jadi style buffet dah. Maklumlah, asal nampak kerusi mulalah memanjat. Sekarang ni dah pandai buka peti ais. Makanya, habis peti ais dikemasnya. Cepat meniru apa sahaja perbuatan Aishah. Yng paling bagus, sudah pandai menyebut beberapa perkataan "Ayah, Mimi (Umi), epol (epal), kukak (buka), Usu (susu),...) Alhamdulillah..

Thursday, May 5, 2011

SAYA KEMBALI

SAYA KEMBALI AKHIRNYA.


Ya Allah, lamanya saya tak kemas kini blog..

Jadi, sementara saya sedang rajin ni saya dah ubah latar belakang blog. Harap bolehlah beri semangat untuk menulis blog. Kali ini saya gunakan latarbelakang yang lebih "alami".





Saturday, March 19, 2011

MAHU MASA BERKUALITI

Nampaknya akhir-akhir ini, saya semakin tidak punya banyak masa senggang. Antara Sebab kenapa blog saya ini tidak dikemas kini.

Apa yang saya sibukkan sangat tu???

1. Saya kini bergelar pensyarah di sebuah IPTA.(Tapi pensyarah sementara sahaja). Siapa kata jadi pensyarah mudah dan punya banyak waktu? Saya rasa tidak benar....nanti saya ceritakan pengalaman mengajar saya dalam nota yang lain. walaubagaimana pun, saya amat gembira dengan dunia ini. Ada kepuasan untuk diri sendiri.Yang penting hari-hari dapat ilmu baru..



Kenapa saya mahu masa berkualiti?

1. Saya betul-betul perlukan masa untuk diri sendiri, masa untuk bawa anak-anak berjalan-jalan, masa untuk melakukan penyelidikan,masa untuk buat proposal, masa untuk menulis artikel dan jurnal, masa untuk menganjurkan program-program HELWA, masa untuk talaqi ilmu,dan macam-macam perkara lagi....